Lawrence John Ripple merupakan seorang lelaki yang berasal dari wilayah Kansas di negara Amerika Syarikat.

Lawrence pernah menggegar dunia dengan kisahnya yang agak lawak dan agak menyedihkan.

Lawrence telah merompak sebuah bank di bandar Kansas dan apa yang anehnya, setelah merompak, dia tidak lari.

Sebaliknya, Lawrence duduk di tepi pengawal bank itu dan mengarahkan pengawal itu menelefon pihak polis.

Pihak polis tiba di tempat kejadian dan memberkas Lawrence. Dia tidak melawan sebaliknya menyerah diri pada pihak polis.

Ketika disoal, dia sengaja membuat rompakan supaya dirinya ditahan dan dipenjarakan.

Hal ini demikian kerana dia lebih rela tinggal dalam penjara daripada tinggal bersama isterinya.

Ini kerana Lawrence selalu bergaduh dengan isterinya dan dia selalu menjerit pada isterinya bahawa dia lebih rela tinggal dalam penjara. Musibat punya Lawrence.

Malangnya, cita-cita Lawrence tidak kesampaian. Hal ini demikian kerana hakim bertindak bijak dengan menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun terhadap Lawrence tetapi bukan dalam penjara sebaliknya perlu berkurung dalam rumah. Maksudnya, penjara dalam rumah.

Menangis tak berlagu lah Lawrence.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *