Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir memperlekeh dakwaan Anwar Ibrahim yang sering kali mengungkapkan kata-kata itu dan percaya yang beliau mempunyai sokongan yang kuat lagi padu untuk membantu kerajaan baru.
Menurut Tun, Anwar juga telah menolak pelawaan dari pihaknya dan WARISAN untuk membentuk kerajaan PH Plus selepas kejatuhan kerajaan PH pada Feb 2020 yang lalu.
Anwar juga pernah mengatakan PH bersedia untuk berkerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Tun asalkan tidak membawa agenda peribadi.