Haaa ni soalan menarik. Buat orang Muslim, benda ni adalah benda normal tapi saya tak rasa ada orang terfikir siapa orang pertama yang berkhatan dalam sejarah. Kalau ikut tradisi Islam, nabi Ibrahim adalah orang pertama yang bersunat. Tapi sebelum tu, siapa?

Mengikut catatan sejarah, tradisi sunat ni, terutamanya yang lelaki dah diamalkan sejak zaman batu Paleolitik lagi. Benda ni sebab dekat Eropah, ahli arkeologi sana banyak jumpa lukisan dalam gua berusia sekitar 26,000 tahun yang lepas yang tunjuk orang situ bersunat. Tapi setakat lukisan itu je lah.

Tamadun pertama yang ada tradisi dan catatan lengkap pasal bersunat ini ialah Mesir Purba. Kalau kita tengok mayat mumia lelaki Mesir Purba, mesti kemaluan mereka tu dah bersunat siap. Benda ni sebab tradisi Mesir Purba waktu tu memang akan sunatkan anak lelaki diorang bila dah capai umur akil baligh. Tradisi sunat ni juga dikaitkan sebagai tradisi golongan bangsawan Mesir Purba sebab yang buat ni kebanyakannya golongan bangsawan dan pendeta kuil sahaja.

Diorang bersunat guna batu tajam, tapi cara sunat dia mungkin pelik sikit. Macam kita, kita bersunat penuh buang kulup, tapi orang Mesir Purba ni mungkin setakat potong kulit kulup dalam bentuk tiga segi sahaja, bukan bulatan macam kita. Tapi, ada sahaja yang sunat potong penuh. Mungkin sekadar variasi teknik sunat sahaja. Sebab utama diorang sunat ialah kesihatan, sama macam sebab kenapa orang Islam bersunat.

Kalau kita tengok mural hieroglif Mesir Purba, kita akan jumpa lakaran lakaran budak bersunat ni. Setakat ini, tradisi ni dipercayai diamalkan sejak 8000 tahun yang lalu (6000 Sebelum Masihi) lagi. Daripada Mesir Purba, amalan ni tersebar ke bangsa bangsa sekeliling dia seperti orang Habsyah (Ethiopia), Phoenicia (bangsa Jalut yang berperang dengan nabi Daud) dan Mesopotamia. Semua ni dikira rumpun Semitik, atau adik beradik Arab.

Jadi, tak hairan kalau nabi Ibrahim pun mewarisi tradisi sunat ni sebab nabi Ibrahim ni orang Mesopotamia (kota Ur), sekitar 4000 tahun yang lalu (2000 Sebelum Masihi), cumanya nabi Ibrahim bersunat kerana syariat agama sekali berbanding sebab amalan tradisi semata mata.

Oleh: Ammar Akmal

Nak tahu lagi banyak tentang perkaitan manusia dan budayanya, sila baca Genesis II: Sapien & Neo Manusia. Buku ni boleh dibeli pada bit.ly/3M4EAhX

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *