KUALA LUMPUR: Tokoh Islam Antarabangsa Sheikh Yusuf al-Qardawi telah meninggal dunia pada usia 96 tahun, hari ini.

Kenyataan tersebut disahkan menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

Imam Yusuf Al Qardhawi, semoga Allah merahmatinya, yang menghabiskan hidupnya demi menjelaskan syariat Islam dan membela ummatnya, meninggal siang tadi,” katanya hari ini.


Bagaimanapun, tempat pengebumian Allahyarham akan diumumkan dalam masa terdekat.

Yusuf al-Qardawi yang lahir pada 9 September 1926 yang juga merupakan cendekiawan Muslim yang berasal dari Mesir.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *