Shahrol Azizie Azmi (shiro) nyatakan rakaman itu benar.. Shahrol merupakan Pemuda Umno.

Dibawah ialah perkongsian status dia sendiri..

Salam penghulu hari yg penuh keberkatan ini.Mohon maaf terlebih dahulu jika tulisan ini menyinggung mana mana individu dan tiada campur tangan sesiapa dalam tulisan ini.Sesungguhnya niat tulisan ini kerana sy sayangkan parti UMNO yg selama ini bnyk berjasa kpd bangsa agama dan negara sy.

Di media sosial, media massa hingga ke warung2 di kampung hari ini rancak kedengaran suara mengenai polemik politik yg melanda terutama parti UMNO.Ada yang menyokong malah ada yang membangkang tetapi sy cukup percaya niatnya satu iaitu mahu melihat UMNO yg kita sayang dan kasih ini semakin kuat.

Ahli UMNO tidak boleh nafikan bahawa hari ini parti berada didalam sebuah konflik. Konflik dalaman parti ini bukan kecik anak kerana ia membabitkan beberapa figura yg selama ini kita sgt hormati dan sanjungi terutama presiden kita Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Satu senjata dalam politik adalah persepsi.Pihak mana yg berjaya membawa persepsi dan disertakan dgn fakta yg meyakinkan akan menang jika pihak yg lainnya tidak dapat menguruskan persepsi itu dengan baik.

Mari kita imbau sedikit sejarah yg tidak terlalu lama sekitar tahun 2014 dimana pihak lawan menimbulkan isu 1mdb dimasa pemerintahan DSNR.

Ada yg menyokong dan ada yg membangkang termasuk didalam parti sehingga berlaku pemecatan beberapa individu.Isu tersebut dibiarkan begitu saja malah telah disulam dgn beberapa isu lain spt GST yg telah mewujudkan persepsi tidak baik terhadap kerajaan ketika itu.

Cuma beberapa bulan sebelum pru14 barulah ada gerakkan road show menguruskan isu tersebut tetapi ianya telah terlambat kerana rakyat telah percaya dan yakin bahawa persepsi tersebut benar.

Selepas kekalahan barulah suara “Jika DSNR berundur sebelum pru14,pasti kita akan menang”.

Hari ini beberapa isu telah ditimbulkan terutamanya melibatkan presiden umno yang melahirkan persepsi tidak baik dan akan menjadi lebih teruk jika tidak diuruskan dengan baik.

Antaranya tandatangan sokongan terhadap DSAI dan yg terbaru rakaman perbualan telefon.Isu tandatangan telah dinafikan dan logiknya memang betul kerana ianya boleh ditiru tetapi apabila sampai ke rakaman suara, hati ini sudah mula ragu.

Beberapa kali diulang supaya akal memproses dan memaksa hati utk menjentik bahawa ianya dusta sehingga keluar kenyataan DSAZH menafikan kerana zaman digital hari ini panggilan suara boleh direka kerana sudah ada aplikasi.

Aplikasi?? Maaf kerana sy kurang bersetuju kerana sy sudah bertanya ramai kawan2 editor production dibelakang tabir jika terdapat aplikasi meniru suara percakapan ini.Ada yg gelakkan katanya “kalau ada apps atau mesin tiru suara tu bagitau aku,aku nak beli.lepas shooting, artis tak payah masuk dubbing suara,kita boleh tiru suara dia.jimat sikit kos”.Ada betulnya cakap dia, hollywood pun belum ada teknologi tu lagi.

Maaf kerana sy tidak dapat menyokong kenyataan presiden.Hati sy kuat akan kesahihan rakaman itu.Apa yg sedihnya ialah isi perbualan itu adalah utk menyokong DSAI dan membina jajaran politik baru umno dan pkr yang mana majoriti ahli umno tidak bersetuju dengan ini.

Jika ada ahli yg tidak bersependapat dan yakin bahawa presiden dan umno telah difitnah, sy mohon buat laporan polis dan mohon agar kertas siasatan dibuka.Jika sebaliknya kita mohon agar kepimpinan tertinggi membawa suara ini dan lakukan sesuatu keputusan terbaik agar umno diberi nafas baru serta membina kekuatan yg lebih padu.Apabila UMNO telah kuat, keyakinan rakyat juga akan kembali jitu.

Maaf sekali lagi dari hati ini jika ada yg tersinggung.Nawaitu sy kerana sayangkan UMNO dan tidak mahu parti ini kecundang lagi.Mohon raikan pendapat dari sy seorang ahli akar umbi yg hina ini tetapi muslim friendly.Semoga Allah swt merahmati kita semua.

Shahrol Azizie Azmi
No ahli 03686290
Penolong Bendahari Pergerakkan Pemuda UMNO bhg Kluang
Ketua Pemuda Caw Hospital

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *