Polis meneliti semula kompaun bernilai RM50,000 yang dikenakan terhadap seorang peniaga burger di Pengkalan Chepa, Kelantan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya juga akan memanggil pemilik premis yang dikenakan kompaun untuk menawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 342.

“Selain peniaga burger yang kisahnya ditularkan itu, dua lagi pemilik premis kedai makan turut dikompaun sebanyak RM50,000 pada hari yang sama.

“Polis telah menerima aduan dan rungutan daripada masyarakat bahawa masih terdapat premis perniagaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan premis kedai makan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

InMenurut Shafien, susulan daripada aduan orang awam, Polis Kelantan turut mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik dan pelanggan premis kedai makan di sekitar Pengkalan Chepa pada hari sama.

Beliau turut memaklumkan, sebanyak 127 kompaun telah dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi bermula 16 April lalu sehingga semalam.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.