Lama tidak mendengar khabar pendakwah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Shah Alias, 41 apabila dilihat kurang aktif di media sosial sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Segmen Morning Morning Suria di radio Suria FM yang menampilkannya sejak tiga tahun lalu juga telah digantikan oleh Ustazah Asni Mansor secara tiba-tiba setelah beberapa minggu PU Azman tidak ke udara.

Kehilangan pendakwah yang juga seorang pelakon ini telah membuatkan peminat tertanya-tanya tentang keadaannya ketika ini memandangkan kali terakhir dia memuat naik posting Instagram adalah pada awal September yang lalu.

Namun begitu, selepas hampir sebulan ‘hilang’ dari media sosial, akhirnya PU Azman telah berkongsi gambar di Instagram bersama ahli keluarganya dengan kapsyen meluahkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama keluarga.

Para peminat yang menanti saban hari akan kemunculannya semula telah meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila dapat melihat update terbaru pendakwah tersebut.

Walaupun ramai yang masih tertanya-tanya tentang keberadaan PU Azman sepanjang dia menghilangkan diri itu, namun rata-rata mendoakan agar anak jati Negeri Sembilan berkenaan terus dilindungi oleh Allah S.W.

Untuk rekod, PU Azman merupakan pemenang program bercorak keagamaan Pencetus Ummah musim pertama dan kerap memberikan tazkirah dengan cara ‘sempoi’ di media sosial.

Dia juga turut mengembangkan bakat dengan menceburi bidang lakonan apabila terlibat dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, Sweet Dream dan banyak lagi.

Sumber: Instagram PU Azman

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *