Difahamkan dalam masa terdekat akan menghantar surat kepada Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li bagi menzahirkan kekesalan berhubung tindakan veteran Umno itu melabelkan parti itu sebagai “pelacur politik”.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan pengerusi jemaah penasihat Umno itu adalah sesuatu yang tidak wajar apatah lagi kenyataan tersebut dikeluarkan secara terbuka menggunakan saluran media.
“Kita (PAS dan Umno) ada hubungan baik dalam Muafakat Nasional (MN) dan kita ada platform untuk bincang apa-apa yang kita rasa tidak setuju. Mesyuarat MN pun terus berjalan dua minggu sekali dan di situ kita tidak ada isu pun. Kenyataan yang tidak membantu seperti ini perlu dihentikan oleh mana-mana pihak,” katanya yang menyifatkan ia adalah pendapat peribadi Tengku Razaleigh dan bukan mewakili keseluruhan Umno.
Tuan Ibrahim, yang juga menteri alam sekitar dan air, berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undi Perdana Kerja-kerja di bawah peruntukan kementerian alam sekitar dan air (Kasa) di Wisma Darul Iman hari ini.
Baru-baru ini,Tengku Razaleigh dalam wawancara dengan sebuah portal berita dilapor melabelkan PAS sebagai “pelacur politik” yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau menyifatkan tindakan PAS dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.
Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, berkata demikian kepada pemberita selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering hari ini.