Seramai 71 orang pekerja kilang yang asyik berparti di sebuah kondominium mewah di sini, diserbu awal pagi semalam oleh pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Parti liar itu diadakan di sebuah kondominium mewah di Jalan Sultan Ismail.

Mereka yang ditahan terdiri daripada pekerja yang berusia 18 tahun hingga 30 tahun.

Daripada jumlah itu, 23 didapati positif dadah.

“Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 71 orang terdiri daripada tiga orang lelaki Melayu, seorang lelaki India, 41 orang lelaki warganegara Indonesia dan 26 orang wanita warganegara Indonesia telah ditahan.

Dalam pemeriksaan tersebut, seramai 71 orang terdiri daripada tiga orang lelaki Melayu, seorang lelaki India, 41 orang lelaki warganegara Indonesia dan 26 orang wanita warganegara Indonesia telah ditahan.

“Setelah ujian saringan awal dijalankan, seramai 23 orang didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ganja dan ketamin,” katanya menerusi kenyataan.

Mereka akan direman hari ini mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) (Pindaan) (No.4) 2020.

Dalam pada itu, Mohamad Zainal memohon kerjasama orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkenaan aktiviti parti liar di kawasan sekitar daerah Dang Wangi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.