Berikutan impak C0VID-19 ke atas industri penerbangan, Malindo Airways Sdn Bhd juga terpaksa mengurangkan sekiitar 2,200 daripada 3,200 kakitangan untuk beroperasi pada skala lebih kecil.

Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati rata-rata bekas pekerja syarikat penerbangan itu berkongsi posting istimewa selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi semalam.

Dengan meletakkan ‘hashtag’ #Malindo, mereka membuat dedikasi dengan mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat tambang rendah itu yang pastinya mninggalkan memori serta kenagan terindah.

Difahamkan proses pemberhentian tersebut dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang kekal akan melaksanakan bidang tugas berganda bagi menampung kekurangan tenaga kerja.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *