Sehingga kini menjadi salah satu barangan paling berharga untuk wanita2 di Malaysia secara am nya.. Golongan Mak Mak..😁.. #tupperware mak mana? 😠

Nama Tupperware diambil sempena nama penciptanya, Earl Silas Tupper yang merupakan seorang ahli kimia yang bekerja di DuPont’s Chemical, berekperimen dengan plastik. Beliau lahir di Berlin, New Hamshire, Amerika Syarikat.

Produk pertama ciptaan Earl Tupper dihasilkan pada tahun 1937 tetapi mula dijual kepada orang ramai sekitar tahun 1946 melalui keadah pengedaran katalog dan dijual dari rumah ke rumah.


Jualan produk Tupperware kedap cecair dan udara kurang mendapat sambutan kerana ramai yg tidak didedahkan dengan keistimewaan produk tersebut.

Situasi berubah apabila Browni Wise seorang suri rumah yang berbakat dalam aspek jualan dan pemasaran promosi produk Tupperware dengan menganjurkan parti Tupperware di rumah.


Parti Tupperware berjaya membantu meningkatkan jualan produk Tupperware sehingga ke hari ini.

Dalam tempoh 6 dekad jenama Tupperware telah berkembang di 100 buah negara. Di Malaysia sahaja terdapat 200,000 ahli berdaftar dan 70 buah pusat perniagaan Tupperware Brands.


Tupperware Brands melebarkan sayapnya di Malaysia pada tahun 1965. Kini menjadi salah satu perniagaan skim jualan lansung (MLM) yang berjaya di Malaysia.

Kredit : Che Azman Che Omar

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.