Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech sempena pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, sebentar tadi.
Menerusi siaran langsung, suntikan disempurnakan oleh jururawat bertugas, Sister Lina Ibrahim di Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Presint 11, Putrajaya yang menjadi antara lebih 500 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.
Selain Muhyiddin, turut menerima vaksin fasa pertama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia.