Akibat masalah kewangan, seorang pemberi pinjaman wang atau lebih popular dikenali sebagai ‘Ah Long’ mendedahkan yang dia menerima seramai 40 orang pelanggan setiap hari semenjak wabak COVID 19 melanda negara.

Menurut laporan Sinar Harian, Ah Long yang enggan dikenali itu berkata, jumlah pelanggan yang diterimanya setakat ini sudah melebihi 5,000 orang. 

Tambahnya lagi, seorang peminjam akan dapat kemudahan kredit dalam tempoh satu jam sahaja. Peminjam itu pula hanya perlu menghantar gambar kad pengenalan atau MyKad dengan nama dan alamat rumah bagi tujuan permohonan.

Mereka juga ada menyediakan beberapa pakej kepada peminjam antaranya kadar faedah yang rendah tetapi peminjam kenalah letakkan cagaran seperti rumah, tanah atau harta lain.

“Kita ada menyediakan beberapa pakej pinjaman kepada pelanggan. Antaranya ialah menawarkan kadar faedah yang rendah tetapi peminjam perlu meletakkan cagaran harta seperti rumah, tanah dan kereta.

“Manakala bagi peminjam yang tidak mahu meletakkan cagaran, faedah yang rendah diberi sekiranya mereka meminjam dalam tempoh masa yang singkat,” jelasnya.


“Ini macam ah long pun bungkus sekali” – Netizen

Dalam isu ini rata-rata netizen berpendapat situasi peminjam yang terlalu ramai boleh menyebabkan masalah pula kepada ah long di luar sana. Silap-silap ah long pun ‘bungkus’ sekali kerana terlalu ramai peminjam.Sumber: Facebook

Apa-apapun nasihat admin, jauhilah daripada meminjam kepada Ah Long. Kalau tak boleh bayar, takut jadi hal lain pula.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *