Semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua sedia maklum penduduk tidak dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri.

Walau bagaimanapun, protokol perlaksanaan PKP ini telah menimbulkan masalah untuk menguruskan pengebumian jenazah di Sungai Choh, semalam.

Perkara ini berlaku apabila Jalan Persekutuan sempadan bagi Gombak dan Hulu Selangor dekat pekan Serendah telah ditutup hingga menyebabkan jenazah yang melalui jalan tersebut terpaksa diusung melalui pagar batu dan kawat duri yang menghadangi sempadan tersebut. 

Penduduk dilihat terpaksa mengeluarkan jenazah dari van dan mengangkatnya beramai-ramai sebelum menaiki van jenazah lain untuk urusan pengembumian. Allah… 

Perkara ini telah mendapat respon daripada bekas Ahli Parlimen Undangan Batang Kali, Datuk Nadzari Ahmad Dahlan yang kesal atas kejadian tersebut.

Masalah orang meninggal di Sungai Choh – baru kebumi. Apalah payah nak selesaikan masalah fardu kifayah ini.

“Protokol dgn kerja hari kiamat kena sejajar. Yang berwajib tolong guna kebijaksanaan bukan totok dgn undang-undang manusia sahaja. Buatlah reserve lane ke sebagai contoh,” katanya di laman Facebook.

Harap pihak berwajib take note lah masalah yang dihadapi rakyat ini. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *