JAKARTA – Angka kematian petugas perubatan dan kesihatan di Indonesia terus meningkat dan paling tinggi di Asia serta ketiga terbesar di dunia.

Pasukan perubatan Doktor Indonesia (IDI), Dr Adib Khumaidi berkata, rekod itu berdasarkan perbandingan statistik dan populasi dari Mac 2020 hingga pertengahan Januari 2021, lapor CNN Indonesia.

“Perinciannya adalah seramai 289 doktor, 27 doktor gigi, 221 jururawat, 84 bidan, 11 ahli farmasi dan 15 kakitangan makmal perubatan.

“Dengan jumlah kematian tertinggi itu, Indonesia merekodkan peratusan kematian tertinggi di Asia dan tiga teratas di dunia,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.