Kemelut parti dalam UMNO utk jatuhkan Zahid Hamidi rupa2nya dah berlaku dari dulu bila terbongkar wujudnya gerakan dari ahli MT UMNO Tajuddin Abdul Rahman utk singkirkan presiden parti tahun lepas. Tak sangka dalam diam Tajuddin ada hasrat nak singkirkan Zahid sebab kita boleh nampak Tajuddin bukan main lagi pertahankan Presiden UMNO tu bila ada pihak nak serang Zahid.

Tujuan Tajuddin buat gerakan sebab tak puas hati dia tak dapat jawatan dalam kerajaan dan dia anggap Zahid ni lemah sebab tak lobi nama dia utk dpt jawatan. Sebab tu Tajuddin panggil ketua2 bahagian dekat rumah dia utk sign SD menolak Zahid sebagai Presiden. Tapi bila dia dilantik jadi pengarah pilihan raya UMNO, dia terus cancelkan SD tu. Yelaa dia dah dpt jawatan penting buat apa nak serang Zahid lagi kan?

Nampak tak sikap talam dua muka pemimpin UMNO yg gila jawatan mcm Tajuddin. Tak dapat jawatan meroyan buat gerakan sulit jatuhkan presiden, bila dah dapat jawatan bukan main backup Zahid. Tapi tula nampak sgt Zahid ni betul2 lemah sebab dalam diam dia tak tahu si Tajuddin nak jatuhkan dia. Mungkin jgk dia tahu dan Zahid bagi jawatan tu utk senyapkan Tajuddin ni.

Gerakan yg dibuat Tajuddin jgk mendedahkan rasa tak puas hati Tajuddin dekat Zahid dalam diam dan dia cuma lantang pertahankan Zahid lepas dia dapat apa yg dia nak. Tapi hakikatnya Zahid memang tak disukai dalam UMNO disebabkan kelemahan dia mentadbir parti sejak pegang jawatan Presiden UMNO.

Pendedahan kemelut dalaman UMNO menunjukkan parti keramat Melayu ni berada dalam keretakan sampai timbul kem2 utk jatuhkan presiden dari dulu lagi. Zahid takkan selama-lamanya boleh rasa selesa utk kekal jadi Presiden UMNO sebab dia takkan tahu siapa yg akan serang dia dalam diam. Tajuddin mungkin akan senyap sekarang sebab dia dah dapat jawatan. Tapi yg lain2 belum tentu akan diam selagi Zahid kekal jadi Presiden UMNO!

https://www.facebook.com/123931882334675/posts/537096574351535/?sfnsn=mo

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.