SAMARAHAN – Sembilan mangsa termasuk seorang bayi dilaporkan mati lemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso di Jalan Beladin Triso di sini, hari ini.

Menurut Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3:10 petang.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ada juga orang awam yang dilihat memberi bantuan CPR ke atas mangsa di tebingan wharf feri,” katanya dalam satu laporan.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok yang diketuai oleh PBK II (KUP) Yusuf Jenamin dan BBP Simunjan yang diketuai oleh PBK II Trajudin Mail telah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang.

Senarai nama 9 mangsa korban Tragedi Feri Triso hari ini yang telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Beladin

1.Siti Aisha Abdullah – 36 tahun / Perempuan

2.Mohd Ahmad bin Mohd Hamdan – 4 bulan / Bayi Lelaki

3.Muhd Mustaqim bin Mohd. Hamdan – 5 tahun / Lelaki

4.Mohd Aiman bin Mohd Hamdan – 7 tahun / Lelaki

5.Ronany Ting – 33 tahun / Perempuan (Pemandu)

6.Wallace Phang – 7 tahun / Lelaki

7.Alvin Phang – 12 tahun / Lelaki

8.Khairunnisa binti Muhamad – 14 tahun / Perempuan

9.Nor Shuhada ninti Mohamad – 16 tahun / Perempuan

Kesemua mereka adalah sekeluarga yang terdiri dari 5 muslim dan 3 non-muslim. Mereka di dalam perjalanan hendak menghantar salah seorang anak ke sekolah tahfiz.

Al-Fatihah

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.