HASRAT penyanyi Ifa Raziah untuk bersalam dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis berbuka puasa baru-baru ini, tidak kesampaian.
Ini kerana Perdana Menteri terpaksa menolak bagi menjaga wudhu.
Menerusi video dimuatnaik Ifa Raziah di Instagram, dia mengucapkan Assalamualaikum kepada Anwar sebelum menghulurkan tangan untuk bersalam.
Perdana Menteri kemudian menjawab: “Saya ada wudhu.”
Video itu dirakam ketika majlis berbuka puasa Perdana Menteri bersama penggiat seni baru-baru ini.
Dalam video berasingan, Ifa Raziah kelihatan menyanyi sebuah lagu ketika berdiri di sebalah Perdana Menteri pada majlis sama.