Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa geram selepas ayahnya yang berusia 70 tahun didakwa telah ditipu oleh sebuah syarikat yang menjual produk kesihatan di sebuah pasar raya di Wangsa Maju.
Difahamkan, ayah kepada Shanor Hijas telah diperdaya untuk membeli barangan dengan harga RM8,000 sedangkan harga yang sebenar cuma RM600 je.
Bukan sahaja harganya terlalu mahaI, malah barang yang diterima juga tidak cukup seperti yang dijanjikan kerana kononnya kehabisan stok.
“Abah saya kena skem dengan ank-ank muda ni. Dik, abah akak dah nak 70 tahun dik, sampai hati kau perkotak-katikkan abah akak dan suruh abah akak bayar air purifier dengan f00t massage sampai 8k.” tulis Shanor dalam nada kesal.
Bercerita lebih lanjut, Shanor bersama adiknya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jurujual tersebut malangnya jurujual tersebut ketika ditemui tidak menunjukkan sebarang respon rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi.
“Akak, bab-bab aniaya family ni, memang tak boleh sabar. Tetiba darah bertukar jadi karnivor. Lari keluar opis, ajak adik akak, pi amek abah, bawak balik ke mall itu. Ghhrr…selamber sangat muka korang ni eh. Tak ada rasa bersalah kat orang tua langsung.
“Akak tinggal tak tampar je muka kau dua orang tadi. Adik akak tu smpai kembang-kembang perut tahan marah tau. Kenangkan abah asyik bisik kat aku ‘sabar…bincang elok-elok’. Fuhh.. mengucap jap,” katanya.
Jelasnya lagi, duit ayahnya sudah dipulangkan semula pada masa yang sama dia turut menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dengan modus operandi yang digunakan oleh penjual ini dalam mengaburi mata pembeli.