KETUA Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sambutan hambar pencarum terhadap tawaran pem­biayaan peribadi menerusi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuktikan rakyat tidak lagi mahu menambah hutang.

Beliau berkata, perkara itu terbukti menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan oleh sebuah portal berita dengan rata-rata responden menolak untuk membuat pinjaman berkenaan.

“Menerusi Instagram, sejumlah 87 peratus daripada 4,451 responden memilih tidak membuat pinjaman.

“Rakyat tak mahu tambah hutang, riba. Mereka mahu pengeluaran yang bersasar bagi yang benar-benar layak,” katanya di Facebook.

Terdahulu, tinjauan pendapat yang dilakukan sebuah protal berita menerusi platform media sosial mendapati majoriti responden, dipercayai pencarum KWSP tidak berminat untuk memohon pinjaman bank menerusi FSA2

Seramai 4,714 responden mengambil bahagian dalam tinjauan pendapat dilakukan dalam tempoh 24 jam menerusi medium Instagram dan Twitter.

Menerusi Instagram, sejumlah 87 peratus daripada 4,451 responden memilih untuk tidak membuat pinjaman berdasarkan soalan ‘Pencarum KWSP boleh buat pinjaman bank mulai 7 April lalu.

FSA2 akan dijalankan dalam dua fasa dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4-5 peratus, lebih rendah dan lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu antara 8-15 peratus.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *