UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan parti itu bagi menamatkan kerjasama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Menurut sumber dalaman Umno, surat berkenaan sudah dihantar kepada Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu pada 26 Februari lalu.

“Surat bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi menamatkan kerjasama dengan Bersatu, PN telah dihantar kepada Perdana Menteri.

“Surat dihantar pada 26 Februari lalu, bagaimanapun masih belum ada jawapan balas,” katanya.

Sebelum ini MT Umno membuat keputusan untuk memutuskan kerjasama parti itu dengan Bersatu menjelang PRU-15.

Ahli Parlimen Umno juga akan menyokong kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

Umno menjalinkan kerjasama membentuk kerajaan PN dengan Bersatu, PAS, GPS dan parti dari Sabah pada Mac tahun lalu.

Terdahulu Bekas Setiausaha Agung Umno dan BN, Tan Sri Annuar Musa meminta penjelasan kepemimpinan Umno sama ada berita menyatakan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU-15 adalah benar.

Beliau juga bertanya sama ada Umno berpendapat kebersamaan Umno dalam kerajaan PN ketika ini hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan.

Katanya, beliau difahamkan kedua-dua perkara itu terkandung dalam surat Presiden Umno kepada Presiden Bersatu pada 26 Februari lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT di Janda Baik pada 19 Februari 2021. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *