SuItan KeIantan, SuItan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, SuItanah KeIantan dengan gelaran Duli Yang Maha Mulia SuItanah Nur Diana Petra Abdullah.

Pengisytiharan itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang berkuat kuasa pada 2 Ogos lalu.

Shah Rezza dedah bila SuItan KeIantan berkahwin dengan SuItanah KeIantan, Nur Diana Petra Abdullah.

Datuk Seri Shah Rezza merupakan individu yang cukup dikenali di Malaysia terutamanya dalam hiburan.

Popular sebagai Shah Rezza, beliau mula aktif berlakon sekitar 80-an dan merupakan pelakon yang terkenal dialog ‘ya salam’ ketika membintangi filem malar segar Ali Setan.

Pemilik nama sebenar Raja Shah Zurin Raja Aman Shah juga merupakan seorang kerabat diraja Kelantan disebelah bondanya manakala Perak disebelah Ayahandanya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Shah Rezza telah berkongsi gambar SuItanah KeIantan, Nur Diana Petra Abdullah.

Menurut Shah Rezza, SuItanah Nur Diana Petra Abdullah dan SuItan KeIantan, SuItan Muhammad Faris Petra sebenarnya telah berkahwin pada September 2010.

” DYMM SuItanah telah berkahwin dengan KDYMM SuItan Muhammad V pada September 2010.

” Ini adalah kali Kedua Negeri Kelantan Darul Naim mempunyai Permaisuri yang bergelar SuItanah selepas SuItanah Zainab iaitu Permaisuri kepada KDYMM SuItan Muhammad IV ( 1899-1920 )” tulis Shah Reza.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata mengesahkan perkara itu memandangkan maklumat itu dikongsi oleh Shah Reza yang merupakan individu terdekat dengan kerabat Diraja Kelantan.

Datuk Seri Shah Rezza juga merupakan sepupu kepada SuItan Kelantan sekarang, KDYMM SuItan Muhammad Ke-V.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *