Kuala Lumpur KL mendapat tempat pertama sebagai bandar yang banyak menumpukan kepada pembangunan yang merugikan tanah untuk padang golf, lapor satu saluran YouTube CityNerd.

Dalam satu video berdurasi 15 minit, Kuala Lumpur berada di hadapan New Delhi India dan Dubai yang masing-masing berada di tangga ke-2 dan ke-3.

Antara contoh yang diberikan adalah Kuala Lumpur Golf & Country Club, Glenmarie, Saujana, Seri Selangor, dan Royal Selangor Golf Club..

“Saya boleh terus (senaraikan padang golf yang terdapat) di Kuala Lumpur, terdapat banyak perkara yang tidak masuk akal berlaku, tetapi saya tidak akan menyuapkan semuanya kepada anda.”

Kritikan beliau adalah tanah yang digunakan untuk padang golf ini hadir disebabkan sukan ini adalah untuk golongan pertengahan dan atasan.

Kata video tersebut, tanah tersebut sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk perkara lain seperti kawasan perumahan, perdagangan atau taman awam.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.