Tawaran jawatan menteri yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak, kata veteran DAP, Gobind Singh Deo.

Ahli Parlimen Damansara itu mengakui menerima tawaran daripada Perdana Menteri (PM) kerajaan Pakatan Harapan (PH)-UMNO itu namun menolaknya, tetapi ia tidak mempunyai kaitan dengan lantikan anak murid Anwar, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

“Namun, setelah mempertimbangkannya, saya memberitahunya yang saya tak dapat berbuat demikian dan saya akan memberi tumpuan kepada peranan sebagai Ahli Parlimen, dan membantu kerajaan dengan apa saja cara yang saya boleh lakukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menawarkan saya untuk menjadi sebahagian Kabinetnya. Sekali lagi saya menyatakan saya sepenuhnya yakin terhadap kepimpinannya dan dia akan berjaya membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi,” kata Gobind dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar semalam mengumumkan lantikan Zahid sebagai TPM yang diketahui umum terdiri daripada kluster mahkamah sedang berdepan pendakwaan sehingga menerima kecaman daripada rakyat yang membidasnya sebagai tidak berprinsip dan pentingkan diri semata-mata.

Ketika dihubungi portal Malaysiakini, Gobind menyangkal keengganannya untuk menyertai kabinet ada kaitan dengan Zahid sebagai TPM.

Ketika ditanya berkenaan perkara itu, Gobind menjawab: “Tidak benar, ada sebab lain kepada keputusan ini dibuat. Setakat itu jawapan saya (I will leave it at that).”

Untuk rekod, Gobind dilantik Menteri Multimeda dan Komunikasi ketika pentadbiran PH pada 2018.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *