Permohanan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.

“Pemakluman penolakan pendaftaran MUDA disampaikan melalui satu emel petang semalam (Rabu) dan kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.

 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.