Harga petrol RON97 naik 3 sen seliter, manakala RON95 dan diesel kekal mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) RON97 akan dinaikkan kepada RM2.50, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baru itu akan berkuatkuasa selama seminggu dari 25 hingga 31 Mac ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.