Bekas Ratu Cantik sensasi Rusia, Rihana Oksana Petra nampaknya terbang ke Krakow, Poland baru-baru ini bercuti di bandar penuh bersejarah dan budaya era renaissance.

Murai MY menjengah ke Instagram Rihana, di mana dalam muatnaik terkininya menjelaskan dia ingin menjual kereta mewah jenama Porche Cayenne yang ditinggalkannya di Moscow, Russia.

Menurut coretan yang ditulis ibu tunggal ini, dia menjelaskan oleh kerana jarang kembali ke negara kelahirannya itu Rihana membuat keputusan untuk menjual kenderaan tersebut.

Menurut Rihana lagi, salah satu sebab dia ingin melepaskan kereta tersebut adalah kerana tempat memandu dalam kereta tersebut adalah pada sebelah kiri di mana agak berbahaya buatnya jika ingin memandu di Kota London.

“Kawan-kawan, saya buat keputusan dah tiba masanya untuk saya jual kereta saya. Saya jarang datang ke Moscow, tapi untuk hantar kereta di UK, anda perlu membayar cukai yang sangat besar di mana tak berbaloi dengan harga kereta yang sama di London. Jadi, sebab utama adalah kerana stereng kenderaan berada di sebelah kiri, di mana tak selesa dan tidak selalunya selamat untuk memandu di London.” Tulis Rihana.

Melihat muatnaik tersebut ada warganet yang memberi komen menyarankan setelah Rihana menjual kereta mewah tersebut, wang hasil jualan kenderaan berkenaan diberikan kepada rakyat Malaysia yang bayar cukai pada bekas suaminya.

“Jual dan bagi balik pada rakyat Malaysia yang miskin bayar cukai pada Sultan.” Komen warganet.

Rihana yang melihat komen tersebut memberi respon dengan komen balas yang ringkas kepada individu berkenaan.

“Sultan anda tidak membayar untuk kereta ini, tapi sangat kesal mendengar.” Balas Rihana.

Dalam entri yang ditulis Rihana, kereta tersebut di beli pada bulan November tahun 2018 dan keadaan kereta mewah tersebut masih baik dengan rekaan dalaman yang elegan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *