Bekas ratu cantik Rusia, Rihana Petra atau nama sebenarnya, Oksana Andreevna Voevedina baru-baru ini berkongsi perkembangan anak lelakinya, Ismail Leon yang kini sudah memasuki tadika walaupun baru saja berusia 3 tahun.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram Rihana yang juga bekas isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dilihat wanita berusia 30 tahun itu menyatakan dia cuba untuk mendalami dunia anaknya itu.

Bercerita lanjut, Rihana berkata anaknya itu masih menyesuaikan diri pergi ke tadika walaupun pada awalnya hanyalah pergi untuk setengah hari sahaja. Tetapi, lain pula pada kali ini di mana Leon kini hadir ke taska untuk sepanjang hari dan ia menyebabkan rutin hariannya sebelum ini terganggu.

Rihana berkata, dia menghadapi kesukaran ketika mendaftar anaknya memasuki tadika dan dia terpaksa menyenaraikan kaedah yang perlu dilakukan olehnya agar Leon terbiasa dengan rutin baharunya itu.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh Rihana adalah seperti meluangkan masa bersama Leon pada hujung minggu bersama keluarga rakan-rakan anak lelakinya, dilarang tidur pada waktu siang, bercerita mengenai tadika dan melakukan banyak aktiviti bersama.

Rata-rata netizen meninggalkan komen memuji paras rupa Leon yang semakin kelihatan seperti Melayu.

Sumber: Instagram @rihanapetra

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.