Walaupun hidup dekat laut, paus sebenarnya ada tangan, cuma tersorok dalam sirip dia.

Ni ramai yang tak tahu. Sebab dia tersorok dalam sirip dia, maka kita tak tahu dia ada tangan, tapi sebenarnya ada. Dalam dunia haiwan, paus ni termasuk dalam haiwan mamalia.

Jadi kalau dia mamalia, maka patutnya dia pun ada ciri ciri macam haiwan mamalia jugak. Contoh berdarah panas, hasilkan susu, menyusukan anak, jantung 4 ruang, tulang telinga dan sebagainya.

Semua ciri ciri ni paus ada, tapi kalau mamalia macam manusia, kucing, anjing, lembu dan tikus ada tulang tangan, jadi patutnya paus pun ada lah kan? Jadi bila saintis bedah sirip paus, rupanya situlah tulang tangan dia bersembunyi.

Benda ni tak pelik sebab paus ni pun asalnya haiwan mamalia yang duduk atas darat, cuma lama lama tu dia pindah ke laut, dan lepas tu terus kekal dekat laut. Disebabkan benda ni, badan dia berubah dan berevolusi terus jadi macam rupa sekarang, supaya boleh bantu dia hidup senang dalam laut. Sebab tu lah tangan dia hilang dan tersorok dalam sirip dia, sebab sirip dia lagi bantu dia berenang berbanding tangan macam kita.

Benda macam ni pun jadi je kat manusia, cuma takdelah tahap jadi sirip tu. Orang Bajau Laut, misalnya, sebab dah ribuan tahun duduk atas laut, maka paru paru dia boleh tahan lebih 10 minit, padahal kalau orang lain 5 minit tu je dah boleh buat manusia mampus. Semua ni berlaku sebab evolusi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *