Perasan tak kalau tengok harga barang dekat pasaraya, banyak yang harga akhir 0.99, 3.99, 4.99?

Pernah tak terfikir kenapa tak genapkan je terus? Takde la beza mana pun.

Ini lah dinamakan ‘Strategy Charm Pricing’, antara teknik marketing yang masih diguna pakai dari dulu sehingga sekarang.

Ada satu kajian daripada Marketing Letters masa Jun 2018, katanya majoriti orang hanya bagi perhatian kepada nombor depan & tak kisah tentang jumlah sen yang dibayar.

Sebab tu barangan dan produk yang ending dia .99 akan dapat permintaan yang lebih tinggi berbanding apabila digenapkan.

Pelanggan akan rasa, produk berharga RM1.99 akan sangat murah berbanding dengan produk berharga RM2.00 sebab tanda harga dibaca dari kiri ke kanan.

Macam simple kan? Tapi macam nilah otak manusia bekerja.

Tapi semua produk ke sesuai untuk guna strategy charm pricing ni?

Jawapannya tak. Tak semua produk sesuai guna teknik ini.

Antara produk yang tak sesuai guna teknik charm pricing ialah produk yang mahal macam emas/berlian.

Info by Fezza Hussin

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.