Hari Raya Aidilfitri semakin dekat menyebabkan ramai umat Islam berdebar menantikannya dan timbul semula isu sama ada ahli falak nampak anak bulan atau tidak ketika proses mencerap hilal diadakan.

Lebih-lebih lagi Arab Saudi sudah nampak anak bulan dan telah menetapkan hari raya pertama pada 22 April ini.

Atas kemuskilan itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman menjelaskan faktor perbezaan kenampakan anak bulan antara Arab Saudi dan Malaysia.

Menurutnya, faktor tersebut berdasarkan umur anak bulan yang dilihat bergantung kepada lokasi geografi sesebuah negara.

“Kita kalau di sini umur anak bulan itu tidak cukup oleh kerana Saudi lebih arah barat, bulan dia itu makin lama umur anak bulan makin panjang, jadi mungkin akan nampak, maksudnya begitu.

“Kita (Malaysia) tidak nampak sebab kita di sebelah timur, Saudi di Barat, beza kita enam jam. Kalau umur anak bulan tujuh jam 11 minit maknanya  kalau pergi ke Saudi tujuh tadi tambah lagi  enam jam, kemungkinan boleh nampak,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian menerusi jawapan penerangan dalam video berdurasi 1.34 minit di halaman rasmi Facebook milik Jabatan Mufti Negeri Pahang semalam.

“Walau macam mana pun, kita tidak boleh melihat anak bulan berdasarkan Saudi kerana hadis Rasulullah ada bersabda, sesiapa tengok anak bulan berdasarkan satu tempat, hendaklah  melihat anak bulan Syawal dan Ramadan, di situlah keputusan diberikan di mana kita tengok anak bulan berdasarkan keputusan sesebuah negara itu.

“Kalau timbul soalan kenapa kita tidak boleh nampak, inilah penjelasannya,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *