Kebanyakan peniaga dan pengguna merungut berikutan peningkatan harga barangan keperluan yang begitu ketara selepas dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan.

Peniaga sayur, Shamsuar Paimin, 48, menyenaraikan beberapa jenis sayuran antaranya bendi, timun jepun, terung panjang, kacang buncis, petola serta tomato yang terpaksa dijual dengan harga lebih tinggi berbanding kebiasaan.

Jelas Shamsuar, timun jepun dijual dengan harga mencecah RM14 bagi sekilogram kerana kos pembelian sekitar RM10.

“Tomato sekarang kami jual RM10 di sini, kita beli RM6.50 ke RM7 tapi kebiasaannya sebelum ini harga RM3 sahaja dari pasar borong.

Memang rasa terbeban kerana jika sebelum PKP untuk meja yang penuh ini kita bermodalkan RM2,000 tapi sekarang sudah cecah RM2,500 hingga RM2,800 tak kira pada hujung minggu lagi meningkat.

“Pada pelanggan pun kita kena terangkan sebaik mungkin kenapa berlaku kenaikan harga sayur kerana pelanggan ini dikira sebagai ‘raja’ dan terpulang kepada mereka untuk beli atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di Pasar Datuk Keramat di sini hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai faktor kenaikan mendadak harga sayur-sayuran yang berada di pasaran, Shamsuar menjelaskan bahawa Pasar Borong Kuala Lumpur ada menutup operasi baru-baru ini.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.