Tidak dinafikan kita sering mendengar laporan berkenaan kes penipuan di dalam talian sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Malah, jumlah kes penipuan semakin meningkat pada saban hari selari dengan angka pengguna yang juga bertambah di Malaysia.

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh Kapersky, Malaysia kini mempunyai sejumlah 195,032 laporan aktiviti phishing menerusi sistem pembayaran di dalam separuh tahun pertama 2022. Berbanding dengan negara Asia Tenggara yang lain, jumlah itu menjadikan negara Malaysia sebagai antara negara yang tertinggi di dalam isu penipuan kewangan.

Berdasarkan infografik berkenaan aktiviti phishing menerusi sistem pembayaran di Asia Tenggara yang dikongsikan oleh Kaspersky, Malaysia sudah melaporkan sekitar 108,755 aktiviti phishing menerusi sistem pembayaran seperti e-wallet pada suku pertama dan bertambah lagi sebanyak 86,277 pada suku kedua.

Secara keseluruhannya, Malaysia dilihat menduduki tangga kedua di dalam carta berbanding negara jiran lain seperti Vietnam, Indonesia, Thailand dan Singapura. Merujuk kepada laporan ini boleh dikatakan majoriti pengguna di Malaysia lebih terdedah kepada penipuan pembayaran dalam talian.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *