Jika idea Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, cuti 2 hari dilaksanakan maka rakyat akan dipaksa bekerja 10 jam sehari selepas ini.

Cadangan terbaru Kabinet Negeri Johor dalam usaha bersungguh untuk merealisasikan cuti Hari Ahad ialah bekerja bermula pukul 8 pagi dan berakhir jam 6 petang. 10 jam waktu bekerja diluar kebiasaan iaitu 8 jam sehari.

Kerajaan mungkin akan melaksanakan rehat 2 kali iaitu pukul 11 pagi dan pukul 3 petang, namun ianya tidak dapat mengelakkan kesan langsang yang sangat negetif bukan sahaja kepada individu pekerja tetapi kepada ekonomi apatah lagi sosial.

Bekerja lebih 8 jam sehari tidak menjamin kualiti dan produktiviti. Malahan mungkin akan menjatuhkan tahap kecerdasan dan emosi para pekerja. Mereka tidak lagi boleh terus fokus dengan kerja dan hanya akan bersantai membuang masa di Pejabat semata-mata mencukupkan jam bekerja sahaja.

Cadangan ini juga dilihat bakal mengugat institusi sosial, kenasyarakatan tidak ketinggalan kekeluargaan. Ini kerana mereka yang bekerja jauh dari rumah terpaksa keluar seawal 6 pagi demi mengelakkan kesesakkan jalan raya dan akan sampai lewat kerana sebab yang sama. Kalau sekarang pun ada yang sampai dirumah pukul 8 ketika pejabat beroperasi sehingga pukul 5, bayangkan kesesakkan yang bakal mereka harung jika idea kurang cerdik ini dilaksanakan.

Tiada lagi kesempatan ibu atau ayah bersama anak-anak. Hanya ada hujung minggu iaitu 2 hari setengah sahaja berbanding 7 hari sekarang. Ibu bapa terpaksa keluar awal pagi sebelum anak-anak bangun tidur, balik lewat malam ketika anak-anak sudah tidur. Dalam situasi sekarang pun pelbagai masalah sosial dan komunikasi sedang berlaku, apatah lagi jika anak-anak tidak mendapat perhatian sewajarnya dan diluar kawalan ibu bapa.

Selain itu, institusi kenasyarakatan juga akan mendapat impak buruk. Rakyat akan kurang masa bersama dan banyak aktiviti sosial tidak dapat dijalankan. Bagi Muslim, surau dan masjid pasti lengang. Walhal waktu Maghrib dan isyak boleh dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturahim sesama mereka. Sudah menjadi budaya di negeri dan negara ini diadakan kuliah selepas Maghrib sebagai medan untuk mendidik dan menasihati masyarakat, maka suasana itu tidak akan dapat diamalkan. Malah semakin menjauhkan Muslim dengan agamanya. Hubungan semakin renggang dan kemesraan semakin kurang.

Isu ini juga akan dimainkan dan dipolitikkan oleh pembangkang. Sudah pasti mereka akan mempergunakan ‘point’ ini untuk menghentam kerajaan. Dalam keadaan ekonomi yang meruncing dengan kenaikkan harga barang, rakyat dipaksa menerima cadangan sampah sebegini. Kerajaan negeri pasti akan dituduh penting diri dengan cadangan yang tidak sepatutnya.

Yang menjadi kehairanan Rakyat Johor ialah keghairahan Menteri Besar untuk melaksanakan cuti Hari Ahad. Mereka mempersoalkan keperluan untuk ditukarkan. Apakah keuntungan disebalik perubahan sedangkan yang jelas adalah kerugian dan kesusahan kepada rakyat. Tidakkah menjadi tanggungjawab jawab sesebuah kerajaan memberikan keselesaan dan kebahagiaan dengan menjaga kebajikan rakyat sebaik mungkin?

Jangan sampai rakyat mempertikai wibawa, seorang Menteri Besar muda. Sudahlah kehadiran belum diterima sepenuhnya, kejayaan pun belum nampak dimata, sekarang cuba menghadirkan sengsara. Rakyat belum menikmati jasa tapi telah didera mental, fizikal dan emosinya. Berilah rakyat masa untuk menikmati bahagia. Cukuplah 22 bulan yang sengsara. Jangan dibawakan ngeri yang serupa.

Jika cadangan ini diteruskan, rakyat mungkin akan mula mempertimbangkan. Menukarkan semula kerajaan dengan membuat pelbagai gerakan. Jangan menafikan kemampuan Bangsa Harimau Selatan. Sebagaimana yang pernah mereka buktikan. UMNO terciduk dikalahkan, pru14 masih segar dalam ingatan. Ini bukan ugutan tetapi kami mampu membuat perubahan.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.