Pemergian arwah Amir yang berumur tujuh tahun dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, Melaka sememangnya memberi kesan hebat kepada masyarakat.

Seorang peniaga, Anamira Muslim, 34, berkata dia yang kebetulan berada di kawasan sekitar untuk menghantar barangan jualannya mengambil peluang menziarahi pusara ‘anak syurga’ itu selepas mengikuti kisah kanak-kanak itu sejak awal kejadian.

Perkara sama turut dikongsi seorang pekerja pembersihan, Mohd Hanzala Ramlan, 34, yang turut mengambil peluang menziarahi pusara kanak-kanak itu.

“Jadi saya pun terus ke kubur dan memang sedihlah bila fikirkan apa yang jadi dekat adik Amir ini, sekarang ni kita nak tahu sangat apa punca sebenar dia mninggaI dunia,” katanya.

Astro Awani sebelum ini turut melaporkan, Ketua Jabatan Slasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman mengesahkan terdapat pelbagai kecederaan termasuk Iuka baru di kesan di bahagian beIakang kepaIa kanak-kanak itu selepas proses bedah siasat dijalankan selama 11 jam pada Ahad lalu.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *