“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023.

Bagaimanapun, Azmin dipetik portal PN BBC berkata pilihan raya umum akan datang hanya akan berlangsung pada 2023.

Menteri Kanan Azmin Ali hari ini mempertahankan langkah Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Undi18.

Azmin juga dilaporkan portal kelab penyokong PN itu, meminta orang ramai supaya tidak membuat andaian atau memainkan sentimen.

Menurutnya terdapat banyak langkah lain yang perlu diambil sebelum undang-undang baru itu dapat dikuatkuasakan.

Dia mendakwa pindaan perlu dilakukan di peringkat negeri untuk membolehkan warga negara berusia 18 tahun bertanding sebagai calon dalam pilihan raya negeri.

Sebelum itu Ahli Parlimen Jerlun pernah membuat kenyataan mengatakan bukan masanya untuk adakan pilihan raya umum lagi. Biarlah habis penggal ini pun tak apa iaitu pada 2023.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan sekarang bukan masa sesuai untuk mana-mana pihak menggerakkan usaha ke arah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Tapi dalam tempoh sekarang sampai tempoh 2023, kalau ubah semula kerajaan tak apa asalkan jangan kita mendedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak ini seperti mana yang berlaku setelah Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *