Kesemua calon Barisan Nasional yang bakal bakal bertanding di 28 kerusi pada PRN MELAKA akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) bagi mengelakkan tindakan ‘lompat parti’ selepas menang kerusi atas tiket parti itu.

Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beberapa surat perjanjian lain juga akan dibuat sebagai langkah parti bagi memastikan kestabilan politik negara.

UMNO telah pun membuat persiapan pasukan peguam untuk meneliti bagi mengelakkan tidak ada lagi mereka yang menang atas tiket BN melompat kerana kestabilan politik selepas pilihan raya itu penting.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, dokumen-dokumen perjanjian itu sudah dimuktamadkan sebagai amaran tegas kepada bakal calon untuk tidak belot kepada parti.

“Ini sebagai peringatan mereka jangan sudah menang nanti senang-senang nak melompat (parti),” tegas Mohamad lagi.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *