TIMBALAN Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor mengesahkan akan bertanding di tempat kelahirannya di Klang, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut bekas pemimpin Umno dan PKR itu, beliau juga akan memikul tanggungjawab mengetuai jentera parti untuk negeri berkenaan.

“Mulanya saya keberatan kerana tidak pernah bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini. Tidak pernah aktif politik negeri.

“Akhirnya saya terima sebagai tanggungjawab kepada parti dan negeri kelahiran saya.

“Parti melihat keperluan sediakan kepada pengundi satu alternatif saingi dua koalisi besar yang bertembung sekarang,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, menang atau kalah adalah soal kecil dalam perjuangan.

Malah, katanya, beliau tidak gentar sekali pun ke penjara atau mati kerana berjuang.

“Lebih penting ialah menegakkan dan mempertahankan prinsip. Melawan elit jahat rasuah asas perjuangan yang tidak boleh dikompromi,” katanya. 

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *