Beberapa pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah disaman atas pelbagai kesalahan trafik dalam pemeriksaan mengejut pagi ini.

Pemeriksaan mengejut itu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) serta Cawangan Khas di pintu masuk IPK Kedah. 

Polis Kedah dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan antara pemeriksaan yang dilakukan adalah dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pas keselamatan.

“Beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontinjen Kedah telah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (fency),” menurut hantaran itu.

Beberapa gambar berhubung pemeriksaan mengejut itu turut dikongsi oleh Polis Kedah.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *