Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam ini (26 Oktober 2022) mengumumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai calon PN kerusi Parlimen P125 Putrajaya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.
Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pengumuman itu menjawab pelbagai khabar angin yang bertiup selama ini.
“Saya pada malam ini mengumunkan Datuk Dr Radzi Jidin sebagai calon PN di Putrajaya.
“Saya umum awal lagi. Malam ini sahih, ini calon kita di Putrajaya,” katanya pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional di Putrajaya, malam ini.
Selain Radzi, turut hadir pada program itu ialah Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari.