Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail percaya bahawa presiden parti itu, Anwar Ibrahim masih mampu mendapatkan jumlah yang diperlukan bagi membentuk kerajaan baru.

Dia berkata perkara itu boleh dilakukan sama ada melalui Akuan Berkanun (SD) atau melalui Dewan Rakyat.

“Saya tidak bersedia berkongsi jumlahnya (SD). Saya tahu siapa yang kita jumpa, berapa yang kita dapat dan sebagainya.

“Mengenali cara Anwar menjalankan tanggungjawab, beliau sentiasa memaklumkan progres terhadap usaha beliau kepada pimpinan utama PH,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin memberitahu Utusan Malaysia semalam bahawa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat akan berlanjutan apabila dewan bersidang semula pada Mac.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *