PKR akan mengemukakan surat tuntutan kepada Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar untuk membayar RM10 juta kerana meninggalkan parti itu bulan lalu.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, surat berkenaan akan diserahkan peguam parti itu kepada Xavier esok dan bekas naib presiden PKR tersebut diberi tujuh hari untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

“Sesiapa yang membuat keputusan meninggalkan parti, mereka perlu menerima akibat, mereka seharusnya membayar RM10 juta seperti dipersetujui,” kata ADUN Semambu itu pada mesyuarat agung tahunan PKR Bahagian Indera Mahkota di sini.

Pada 13 Mac lalu, Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai naib presiden dan ahli PKR, selain menyokong blok kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *