PKR menyasarkan untuk bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya juga akan membincangkan lebih lanjut kedudukan tiga kerusi Parlimen di negeri itu.
“Insya-Allah menjelang PRU akan datang, kita ingin menambah daripada 21 kerusi (sedia ada) menjadi 25.
“Begitu juga di kerusi Parlimen ada tiga lagi perlu dibincang iaitu dua daripadanya, Sungai Besar yang hampir pasti kita dapat dan satu lagi Tanjong Karang sedang dalam perkiraan,” kata memetik laporan Selangorkini.
Beliau berucap pada program iftar perdana PKR Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar di Shah Alam semalam.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli majlis pimpinan pusat.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selamgor menambah kesempatan menganjurkan program berbuka puasa itu digunakan untuk memperkukuh ukhwah dan solidariti dalam mendepani musuh politik yang menunggu merosakkan parti.
“Selangor adalah sebahagian tiang seri penting. Saya tahu kalau mereka (musuh) berjaya merampas dan menggugat, kita juga akan tergugat secara amnya di Malaysia.
“Sebab itu dari semasa ke semasa, kita memperkukuh… dan Selangor antara negeri pertama yang berjaya membentuk seluruh jawatankuasa pilihan raya parlimen,” katanya