KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan selain kewujudan kluster baharu di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan PKPB di tiga negeri berkenaan dan beberapa lokaliti di negeri-negeri lain sebelum ini dijadualkan tamat pada 31 Disember.

Ismail Sabri berkata, bagi negeri Selangor, PKPB dilaksanakan di seluruh negeri itu termasuk Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang sebelum ini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Seremban, Negeri Sembilan serta Johor Bahru dan Batu Pahat, Johor.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *