Sekali dengar macam seronok kan. Ye lah lepas ni ore-ore Pata Timur dah tak perlu hadap jem balik kampung. Buka je pintu kemana sahaja, terus sampai depan rumah dekat kampung.

Persoalannya wujud ke pintu kemana sahaja di dunia sebenar?

Jawapannya sudah wujud tapi tak lah sama macam pintu kemana dalam cerita Doraemon tu. Sebab korang masih lagi tak boleh pergi dari satu tempat ke tempat yang lain dengan hanya tutup dan buka pintu sahaja.

Tapi usaha awal ke arah merealisasikan pintu kemana sahaja memang dah wujud. Buktinya Bandai Namco telah hasilkan satu set VR untuk korang rasa sendiri pengalaman guna pintu kemana sahaja.

Caranya adalah korang kena pakai set VR tu. Dekat set VR tu nanti korang akan nampak pemandangan yang sama macam rumah korang. Keseronokan dan terujaan itu bermula apabila korang buka pintu rumah terus sampai ke Kutub Utara.

Melalui VR itu juga korang akan dengar ngauman beruang kutub dan merasai suasana di Kutub Utara. Memang nampak macam real. Boleh ke kita set ke tempat lain, misalnya tempat kenangan dengan ex dulu?

VR dari Bandai Namco cuma bagi dua tempat je yang korang boleh pergi iaitu Kutub Utara dan kereta api. Kalau korang nak rasa pengalaman sebenar guna pintu kemana sahaja, boleh pergi Jepun dan cuba VR tu. Tak ada masalah dah lepas ni nak balik kampung masa raya.

Oleh Azmil Azali

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *