SEORANG murid perempuan tahun tiga meninggal dunia manakala adik lelakinya cedera selepas motosikal yang dibonceng bersama jiran dilanggar treler di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong di Klang, Selangor, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, dalam kejadian itu, adik lelaki mangsa berusia tujuh tahun dan pengasuh yang juga jiran mereka seorang wanita berusia 54 tahun turut cedera.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 11.25 pagi dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan treler yang melanggar motosikal yang dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu berlaku ketika wanita yang juga pengasuh mereka dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil dua beradik itu dari sekolah.

Katanya, mayat kanak-kanak perempuan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala dua mangsa yang cedera di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *