Sebelum ini seorang guru tadika dikecam netizen selepas videonya mencampakkan seorang anak murid tular di media sosial.

Berikutan itu, pihak tadika telah mengambil tindakan sewajarnya dan akan memberhentikan guru terbabit serta-merta selain membuat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan.

Perkara itu dimaklumkan oleh bapa kepada salah seorang murid di tadika itu, sebentar tadi.

“Baru lepas jumpa pengetua sekolah minta penjelasan sebab anak saya sekolah kat situ.

“Pihak sekolah kata cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhentikan serta merta selain laporan polis telah dibuat,” katanya.

Menurut pengetua taska tersebut cikgu tersebut bukanlah cikgu tetap tetapi hanya cikgu praktikal.

Menurutnya, tadika berkenaan telah beroperasi selama 30 tahun dan itu kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.

Setakat ini tiada apa apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Taska. Kenyataan dari pihak polis juga belum dikeluarkan lagi..

By Ostad

One thought on “Pihak Taska perjelas situasi terkini guru lempar murid”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *