Kerajaan digesa mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup rakyat dalam masa 24 jam.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata menteri yang bertanggungjawab dalam isu itu perlu meletakkan jawatan sekiranya kerajaan gagal menangani isu terbabit.

“PH juga akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama
masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden Upko, Madius Tangau.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden Upko, Madius Tangau.

Dalam pada itu, PH menyatakan kebimbangan mengenai isu kos sara hidup terutama selepas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi semalam berhubung tiada lagi subsidi bagi minyak masak tulen berbotol serta harga siling bagi telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.

PH berkata, dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik Covid-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat.

“Pada ketika ini, kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling ini.

“Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda. Ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab,” katanya.

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published.