Pemuda PAS hari ini memohon kerajaan mempertimbangkan kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri untuk kawasan hijau.

Ketuanya, Khairil Nizam Khiruddin, berkata kebenaran itu dengan syarat individu berkenaan melakukan ujian calitan pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum pulang.

Dalam pada itu, beliau juga berharap kerajaan memperincikan pelaksanaan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) agar bersifat adil dan saksama mengikut undang-undang negara serta selaras dengan hukum Islam.

“Kita sedar bahawa terlalu banyak keluhan dan aduan daripada rakyat berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan hari ini.

“Perkara paling hangat dibincangkan adalah berkenaan penguatkuasaan SOP dua darjat seperti kenyataan yang saya keluarkan beberapa hari yang lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau turut membangkitkan isu berkenaan SOP di bazar Ramadan ketika pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, semalam.

“Selain mempertimbangkan nasib peniaga-peniaga kecil dan juga ibu ayah yang jadual bekerja padat serta tidak cukup masa untuk membuat persiapan berbuka puasa di rumah.

“YB Datuk Sri Ikmal memaklum dan berjanji akan membawa maklumbalas tersebut kepada menteri kanan pertahanan YB Datuk Seri Ismail Sabri,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau juga mendoakan urusan pemimpin negara dipermudahkan dalam membendung penularan penyakit Covid-19 sekali gus mempertimbang kebajikan rakyat

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *