Bagi yang sedang melalui fasa berdiet, pasti sudah meletakkan sasaran berapa jumlah kilogram yang mahu diturunkan, bukan?

Biasanya, antara individu yang berjaya mencapai berat badan idamannya, mereka mampu untuk menurunkan lebih 10 kilogram. Jika ada yang turunkan 30 kilogram ke atas, itu sudah dikira cemerlang.

Bagaimanapun, terjadi juga kes 30 kilogram yang berjaya diturunkan itu akan ‘muncul’ semula selepas beberapa ketika. Kenapa berat badan boleh kembali meningkat ye? Di mana ‘silap’ kita sebenarnya?

Mari ikuti perkongsian oleh anak Malaysia yang menetap di Jordan, Fakhri di group Facebook Diet Suku Suku Separuh di bawah ini.

Gambar: Fakhri

Nasihat jujur daripada saya yang pernah turun 30 kilogram dan kemudian gagal kekalkan dan naik balik 30 kilogram.

Akhirnya jumpa cara yang betul untuk turunkan berat, turun sekali lagi 30 kilogram dan kekalkan sudah hampir setahun. Alhamdulillah.

Nak turun berat pertama sekali kena terima hakikat yang proses ini perlukan masa. Kalau kita naik berat pun ambil masa bertahun tahun takkan nak turun dalam masa sekejap?

Hakikatnya dalam hidup ini setiap perkara perlukan waktu.

  • Hari ini kita tanam pokok, takkan esok terus tumbuh dan berbuah?
  • Hari ini mula bekerja, takkan esok terus naik pangkat menjadi CEO? (melainkan papa awak pemilik Megah Holding)
  • Hari ini kita baru belajar mengira, takkan esok dapat selesaikan soalan add math?
  • Hari ini kita baru letak batu bata, takkan esok terus siap rumah?
  • Hari ini bayi baru lahir, takkan esok terus berlari dan bercakap?
  • Hari ini kita baru kenal ‘ABC’ takkan esok terus pandai membaca?
  • “Hari ini kahwin takkan esok terus beranak?”
Gambar: Fakhri

Jadi kalau kita tak pernah rushing perkara-perkara ini dalam hidup dan terima ia sebagai proses yang memerlukan waktu, maka kenapa kita perlu rushing untuk turunkan berat?

Trust the process and give it time.

Take everything one day at a a time.

Hentikan mencari fast fix untuk turunkan berat.

Nak cari penyelesaian yang cepat dan mudah ni akan menyebabkan kita menjadi mangsa kepada produk- produk & nasihat nasihat yang akan merosakkan kesihatan dan membazirkan duit.

Sebaliknya:

1) Fokus untuk buat perubahan yang kecil setiap hari tapi berkekalan. Hari akan bertukar minggu, minggu akan bertukar bulan dan akhirnya kita dapat capai target.

2) Fokuskan perubahan bukan pada perubahan fizikal sahaja tetapi perubahan mental & emosi juga. Jika dulu kita makan tanpa ada kawalan, sekarang semakin terkawal. Ini pun kejayaan.

3) Proses turunkan berat ini bukan perlumbaan tetapi ianya perjalanan. Bila perjalanan, kita tak boleh bandingkan perjalanan kita dengan perjalanan orang. Setiap orang ada cabaran, halangan dan ujian yang berbeza.

4) Tujuan kita adalah untuk jadi versi diri sendiri yang lebih baik daripada sebelumnya dan bukan untuk bersaing dengan sesiapa.

Akhir sekali daripada target nak turun berat cepat-cepat lebih baik anda fikir, “Lepas aku dah berjaya turunkan berat ini macam mana cara nak kekalkan?”

Sebab jawapan terhadap persoalan ini akan tentukan kemampuan untuk kekalkan hasil penurunan berat untuk sepanjang hayat.

Selamat berjaya.

Gambar: Fakhri

Sumber: Fakhri melalui Diet Suku Suku Separuh

By Ostad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *